Friday, April 16, 2010
Penyiasatan Berterusan
Gedung Metropolis terus diterjah untuk membongkar fail-fail jenayah dan melihat kaitan pembunuhan Nordin dengan sindiket dadah di Cosmo Elit. Malam itu terang-benderang. Suluhan cahaya dari bulan yang bulat menyeramkan dua detektif Shafwan dan Adib. Namun digagahkan hati mereka. Sesekali kedengaran bunyi burung hantu di celah-celah pepohon besar berhampiran. Noni sudah dihubungi untuk menunggu kedatangan mereka. Gedung Metropolis yang menyimpan banyak khazanah jenayah kelihatan tersergam bagaikan sentiasa bersiap sedia menanti kehadiran tetamunya malam itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hanita,
Apa khabar? Maaf mengganggu sekejap. Kenapa tidak hadir ke IPGKPMM Durian Daun, Melaka tempoh hari, kita menunggu-nunggu kehadirannya... Hehehe...
Maaf tuan Rusdi,
Rupa-rupanya program itu telah terlepas pandang harinya. Maka saya memohon maaf atas ketidakhadiran saya kerana faktor kesibukan kes penyiasatan yg sedang banyak menunggu. Sekarang berada di tgganu,
Post a Comment