Sebuah cerpen baharu yang sedang kugarap lewat semalam setelah bertemu seorang teman baharu di sebuah bank memberi inspirasi untuk kusudahkan cerita pendek ini. Rasa-rasanya sudah agak lama tidak kunukilkan sebuah cerpen meski pun telah berkali-kali hatiku mahu menumpahkan segala yang tersemat di minda ke atas komputer riba yang sudah lama mengimpikan sebuah ceritera yang maha hebat yang bisa menggegarkan dunia sastera masa kini.
Banyak sungguh impian yang rasanya mahu kulaksanakan dan kuyakini dengan azam dan tekad pasti kejayaan datang.
Berkaryalah wahai sang penulis. Hari ini kita melukiskan sesuatu di atas kertas untuk sebuah cerita, sudah pasti esok bila cerita itu dihayati ribuan manusia di muka bumi ini, baharulah datang kesedaran bahawa tebaran ilmu itu harus sentiasa dilakukan setiap detik dan waktu tanpa kira jemu. Insya-Allah yakin dan usaha itu tangga kejayaan.
Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu selagi dia tidak mengubah nasibnya sendiri. Amin
Chao Phraya Lesu Alirnya - sebuah ceritera menghiris kalbu namun penuh pengorbanan seorang isteri demi sebuah keluarga tercinta.