Wednesday, May 13, 2009

HARI-HARI YANG TERTINGGAL




Sudah 13 hari Mei menampakkan wajahnya. Ini bermakna sudah lebih 13 hari juga saya tidak menulis sesuatu di dalam blog ini, atau blog-blog yang lain, juga tidak berkesempatan membaca blog-blog favorite lain.

Apakan daya, menulis itu sudah menjadi satu pekerjaan. Maka apabila kerja-kerja menulis datang bertimpa-timpa, ada yang terpaksa dilepaskan untuk sementara waktu untuk menguliti tugas-tugas tidak formal yang memberi pulangan yang agak lumayan.

Deadline untuk menyiapkan sebuah buku tentang Melaka semakin hampir. Hati ini asyik berdebar-debar. Tidak mahu mengira-ngira harinya kerana lagi dikira, kebimbangan itu bermaharajalela. Ia seperti perempuan mahu bersalin, yang sentiasa mengira masa. Jika tidak mengira waktu, bimbang pula melakukan sambil lewa.

Apabila menulis buku non-fiction, corak pendekatannya berbeza dengan menulis buku fiction. Ia tidak memerlukan daya imaginasi yang tinggi tetapi perlu menyediakan segala fakta dan bahan agar semua maklumat yang diperlukan tidak tercicir.

Penulisan novel sejarah yang digarap untuk pertandingan novel sejarah Johor sudah dihentikan buat sementara waktu. Saya harus menulis mengikut mana yang didahulu di dahulukan. Itulah dia dunia penulis. Selagi boleh menulis, saya akan terus menulis.

Selamat menulis dan terus berkarya sepanjang hayat.

2 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Hanita,
1. Apa khabar orang Melaka?
2. Ada satu hal penting nak bincang @ sepakat dengan IKSEP pasal tawaran satu progran sempena BBSN Melaka ya... nanti hubungi.
3. Jika ada masa jumpa di Puteri Resort, Ayer Keroh Jumaat ini dalam Perhimpunan Penulis Muda Nasional ya...
Terima kasih.

azura said...

Saya menanti karya terbaru anda...