Thursday, March 18, 2010

Cherating...harum bayumu masih terasa

Bayumu nan lembut menyapa pipi gebuku
Ombakmu yang ganas menghempas sang pantai
Anak-anak comel berlari-lari di antara ombak
Meski mentari menyapa terik
Air lautmu tetap diterjah si comel

Cherating...
Ketika melihat pasirmu yang putih
Hati pun mula berbicara
Tentang kehidupan
Tentang segala-galanya

Sedang leka menikmati keindahan alam
Sang alam terus berbicara
Sang ketam berlari-lari di antara lelubang
Sang bayu menghembus lembut
Dan hatiku terus berbicara
Tentang kehidupan
Tentang segala-galanya

Cherating ku jejak akhirnya
Bersama-sama kekasih hatiku
Bersama-sama keluarga tercinta
Di sinilah segala-galanya tercorat
Jadi kenangan sepanjang hayatku

Amin

Wednesday, March 10, 2010

Penulis Bermatlamat

Melihat kehidupan dari sudut pandangan penulis setiap saat dan ketika membuatkan aku terfikir, mudah sungguh untuk mendapatkan ide dengan bakat yang memang sejak azali telah dikurniakan oleh Allah kepada diri ini. Banyak perkara yang hendak kulakukan. Hari ini sedang merangka pelan untuk menulis kerana Detektif Adib harus kusiapkan menjelang April 2010. Insya-Allah akan dicetak untuk pasaran sekolah-sekolah seluruh negara.

Jika dahulu aku tidak melihat peluang menulis dengan luas, namun sejak kuceburinya sepenuh masa, banyak yang kutemui. Orang baharu dan persekitaran baharu yang secara tidak langsung memberi peluang untuk aku mengasah bakat dan minat untuk menulis dengan lebih aktif.

Salam untuk penulis di luar sana. Menulis dan teruslah menulis.

Monday, March 08, 2010

Perkahwinan Adinda Suhaila

Selamat sudah perkahwinan adinda ku Suhaila. Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan lancar dan mudah. Selamat Pengantin Baharu adindaku Suhaila dan Baharuddin. Kekanda doakan kebahagiaanmu sepanjang hayatmu.

Sedang merangka dan menulis sebuah siri penyiasatan Detektif Adib.
Selamat berkarya teman-teman penulis.
Hidup tanpa karya terasa kosong dan beku.