Selamat sudah perkahwinan adinda ku Suhaila. Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan lancar dan mudah. Selamat Pengantin Baharu adindaku Suhaila dan Baharuddin. Kekanda doakan kebahagiaanmu sepanjang hayatmu.
Sedang merangka dan menulis sebuah siri penyiasatan Detektif Adib.
Selamat berkarya teman-teman penulis.
Hidup tanpa karya terasa kosong dan beku.
2 comments:
Hanita,
Apa khabar sekarang? Lama tidak dengar khabar berita dari Melaka? Kini tengah mengusahakan apa ya... maksudnya hasil karya kreatif atau apa-apa sahaja yang boleh diri ini terlibat...?
Salam Rusdi,
Saya sedang menulis pelbagai jenis cerpen. Di manakah boleh saya hantar karya tersebut?
Dahulu saya hanya membuat novel, kini saya cuba memperbanyakkan penulisan dalam bentuk cerpen-cerpen masyarakat memandangkan masa amat terhad untuk menulis sebuah novel.
Hari ini setiap kali saya bergerak, saya akan bertemu dan melihat situasi masyarakat, maka itulah sayang kiranya saya tidak menulis sesuatu tentang perkara yang saya lihat.
Dua novel saya akan keluar mac ini. Sekiranya telah terbit, saya akan kirim kepada tuan.
Post a Comment