Thursday, August 18, 2011

KAD RAYA




Apabila menjelang Aidilfitri, saya memang gemar membelek kad-kad raya. Aneka design boleh dipilih dengan bentuk dan harga yang berbeza-beza. Ramai dalam kalangan kita yang sudah melupakan kiriman kad raya sedangkan kehadirannya amat ditunggu-tunggu terutama oleh saya sendiri.

Kecanggihan teknologi yang dicipta manusia, maka hari ini, ramai dalam kalangan kita yang hanya menghantar ucapan Selamat Hari Raya melalui sistem pesanan ringkas, e-mel, muka buka (facebook) dan segala macam laman sosial dan blog.

Tepuk dada tanyalah selera. Pada saya, kad raya itu masih sangat sinonim dengan kehadiran Aidilfitri. Kemeriahan Hari Raya tidak hangat sekiranya tiada pelita, kad raya, rendang, bunga api (walaupun telah dilarang) tapi ramai yang mendapatkannya secara tidak halal dan baju baru.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

No comments: