Wednesday, October 05, 2011

WAJAH RAHSIA DIBICARAKAN

Ku cuba nukilkan ayat-ayat indah tentang novelku berjudul WAJAH RAHSIA yang telah dibicarakan lewat 01 Oktober 2011 tika jari-jemariku mengikut rentak melodi daripada nyanyian seorang penyanyi negara sebarang. Kucuba mencari sepotong ayat yang sangat sesuai untuk kumulakan bicara ini. Namun sayangnya setelah berhari-hari kucuba barulah dapat kupatahkan sengkang yang menyekat kerongkongku.

Jutaan terima kasih ku ucapkan buat sahabatku RAR atas ihsan mengangkat martabat WR sehingga dibicarakan lewat beberapa hari lalu di dewan Institut Pendidikan Perguruan Perempuan Melayu Melaka oleh saudara Mohamad bin Musip.

Cepatnya waktu berlalu kerana ini adalah tahun kedua di mana novel Hanita Hassan dibicarakan bersempena program Bulan Bahasa Kebangsaan 2011. Tahun sebelumnya novel Haruskah Aku Berlari (HAR) turut dibicarakan di tempat yang sama oleh orang yang sama dalam program yang sama. Karya Zaen Kasturi berjudul Iqa turut dibicarakan. Pembicaranya ialah saudara Shamsudin Othman manakala karya cerpen Mawar Shafie berjudul Masitah oleh Nisah Haron.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt dan Nabi Muhammad saw atas semua ketentuan ini. Telah lama kutangguhkan kerja-kerja penulisan atas banyak alasannya. Hanya aku dan Tuhan sahaja yang maha mengetahui. Namun tidak pernah kukesali kerana terlalu banyak yang ingin kumuntahkan saat ini jika saja kupunya kesempatan untuk menukilkan kesemuanya di atas lakaran-lakaran lewat hari-hari mendatang.

Insya-Allah.

No comments: