Alhamdulillah wajah 2010 membuka lembaran baharu yang cukup mengesankan apabila novel berjudul Haruskah Aku Berlari (HAB) yang kugarap dan diterbitkan oleh DBP 2008 yang lalu telah dibicarakan dalam program Bicara Karya anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) lewat Jumaat 22 Januari 2010di Institut Perguruan Melaka.
Rasanya ini adalah sebagai pembuka semangat untuk kehidupan aku yang baharu bermula. Terima kasih ditujukan khas buat sahabat di DBP Wilayah Selatan khususnya Rusdi Abd Rahman atas usaha merealisasikan program setengah hari ini.
Pertama kali duduk bersama dalam kalangan penulis veteran Melaka yang penuh pengalaman membuatkan aku terasa diri ini terlalu kerdil. Adakah ini permulaan untuk segala yang sedang terjadi? Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.
Sayang sekali kerana tidak ada foto yang boleh kupaparkan dalam catatan ini. Semuanya tercatat kemas dalam kotak ingatanku.
Selamat berkarya wahai pengkarya. Lebih banyak karya dihasilkan lebih banyak ilmu baharu yang boleh dikongsi bersama para pembaca.
Amin.
3 comments:
Salam PUAN HANITA,
Saya singgah untuk mengucapkan tahniah. Moga karya puan akan terus dibicarakan. Kekuatan karya puan mewajarkan karya ini dibicarakan dalam suatu majlis bicara yang besar. Teruskan perjuangan dalam penulisan. Salam silaturahim.
tahniah
Insya-Allah - terima kasih atas sokongan semua rakan penulis.
Post a Comment