Malam ini sepertinya tidak berbintang sedang gelap pekatnya meninggalkan kesan yang cukup hebat untuk hidupan di bumi. Fikiranku masih menerawang dan cuba menerobos fantasi baharu yang bakal kunukil untuk buku Adli di Alam Fantasi keempat. Alhamdulillah semuanya bagaikan berjalan seperti yang dirancang sedangkan waktu dan ruang itu sudah tidak kutemui sejak beberapa tahun lalu. Aku cuba mengawal emosi dan menahan kegilaan yang sedang merajai hatiku ini. Mahu segera kulakarkan apa sahaja yang sedang bermain-main di dalam benakku. Rindu rupanya hatiku untuk menzahirkan kreativiti atas sebuah cerita fantasi untuk sebuah novel yang lebih hebat dari tiga yang lainnya.
Banyak sungguh yang akan berlaku dan sudah puas kufikirkan. Esok penentu atas segala-galanya. Moga Allah tetapkan imanku dan mampirkan sebuah perjalanan baharu yang lebih baik dari apa yang sedang kulalui ini.
Aku yakin, apa sahaja yang berlaku sudah tentu ada hikmahnya. Pabila keyakinan itu amat tinggi, sudah tentu DIA tidak akan pernah mensia-siakan apa sahaja yang diminta itu.
Sudah 12 tahun mengharungi hidup di dunia pekerjaan yang amat mencabar. Pelbagai cabaran dan dugaan telah kulalui. Apa pun yang berlaku, inilah titik permulaan untuk perubahan yang cukup hebat buat diriku.
Selamat berjuang wahai penulis.
No comments:
Post a Comment