Aku menyaksikan sebuah kematian
Tanggal 13 Oktober 2010 sekitar jam empat petang
Ketika sakaratulmaut ingin menjemput ayahanda
Aku benar-benar berada di sisinya
Sempat kalimah Allah kubisikkan ke telinganya
Sempat mulut ayahanda mengucap kalimah yang sama
Sedang nafasnya semakin kencang
Laksana sedang berperang di medan perang
Kukesat peluh di wajahnya
Kudakap erat tubuhnya
Sedang seluruh anggota badannya menggeletar
Sebelum nyawanya tercabut dari badan
Aku longlai menyaksikan saat-saat kematian
Insan tersayang yang kupanggil 'baba'
Dalam tangisan dan rintihan
Aku pasrah dengan pemergiannya
Al-Fatihah untuk ayahanda Haji Hassan bin Abdullah
Moga rohnya berada dalam kalangan orang-orang beriman
Amin
Kepada semua teman, sanak dan saudara dekat dan jauh yang telah menghadiri pengkebumian ayahanda, diucapkan terima kasih. Juga kiriman sistem pesanan ringkas yang berpuluh-puluh yang tidak sempat kubalas kuucapkan ribuan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua kebaikan dan doa yang anda berikan itu.
Dalam kenangan - sebuah novel untuk ayahanda pasti kutulis untuk mengenang pemergiannya.
Friday, October 15, 2010
Wednesday, October 06, 2010
TEMAN SEKOLEJ
Pertemuan dan perpisahan dalam kehidupan adalah suatu lumrah. Setiap dari kita tidak terlepas dari menghadapi saat-saat itu. Saya masih ingat ketika semester akhir di universiti, terasa sayang mahu meninggalkan semua teman seperjuangan. Namun apakan daya, setiap manusia punya cita-cita dan kemahuan dan masing-masing perlu mengikut haluan sendiri untuk menjayakan hasrat yang telah tertanam kian lama dalam sanubari.
Saya tidak pernah punya cita-cita mahu menjadi seorang penulis. Namun naluri untuk menulis karya novel datang dengan sendirinya. Dahulu, saya percaya semuanya berlaku kerana sikap saya yang terlalu banyak membaca, tetapi kini saya sedar selain faktor ilmu dan pengalaman, saya juga dianugerahkan Allah satu kurniaan yang tidak saya sedari iaitu bakat menulis. Alhamdulillah sejak novel pertama diterbitkan tahun 1996 sehingga 2010, sebanyak 9 buah novel telah saya hasilkan tidak termasuk buku umum yang lain.
Antara novel yang telah terbit:
1. Wajah Rahsia - 2010 (Pekan Ilmu Publication)
2. Adli di Alam Fantasi - Penyelamat Alam - 2010 (PTS One)
3. Haruskah Aku Berlari - 2008 (DBP)
4. Adli di Alam Fantasi - Misi Monyet Putih - 2007 (PTS One)
5. Adli di Alam Fantasi - Menerobos Terowong Masa - 2007 (PTS One)
6. Lima Sekawan di Bukit Botak - 2005 (DBP)
7. Lelaki Akukah Yang Terlewat - 1999 (Rytham Publication)
8. Hafiz Iskandar - 1998 (Alaf 21)
9. Diari Buat Rothman - 1996 (Melati Publisher)
Apa yang saya ingin sampaikan ialah, empat hari yang lepas, semasa saya mengunjungi sebuah kedai makan untuk bersarapan bersama teman-teman satu bisnis, saya terserempak dengan kawan lama satu universiti. Paling syok bila anak perempuannya teruja kerana melihat orang yang menulis buku yang dibacanya ada di depan mata.
Kawan seuniversiti yang telah agak lama tidak ketemu rupa-rupanya sudah punya anak yang sudah meningkat remaja dan mulai suka membaca. Buku saya adalah antara koleksi buku yang ada menjadi kegemarannya.
Bila dihitung masa, terlalu pantas ia berlalu. Jika saya tidak menulis dan menghasilkan karya 15 tahun lalu, tidak mungkin saya boleh menyenaraikan novel dan hasil tulisan saya di dalam laman sesawang ini. Alhamdulillah semua yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya.
Ramai antara kita hari ini yang hendak menghasilkan karya tetapi selalu tertahan-tahan dengan kekangan waktu dan menangguh-nangguhkannya. Tanpa mereka sedari, waktu terus berlalu, namun hasil dan karya tidak juga dapat disiapkan. Semuanya kerana tidak serius dengan cita-cita sendiri. Jika hari ini setiap pengkarya dapat menghasilkan satu naskah karyanya setiap tahun, sudah pasti industri buku di negara kita akan berkembang dengan pesatnya.
Semoga banyak lagi buku yang boleh saya hasilkan untuk tatapan pembaca di luar sana.
Selamat berkarya dan selamat membaca buku.
Kepada anak-anak buah saya yang sedang menghadapi peperiksaan, terus berusaha dan jangan putus asa serta sentiasa bertawakal setelah berusaha. Insya-Allah pasti akan berjaya.
Terima kasih kepada suami dan anak-anak yang tidak jemu-jemu menyokong hasil usaha saya ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)