Sudah berbulan lamanya laman ini tidak dinukil atas banyak faktor. Banyak yang ingin kutulis, namun semuanya bagaikan tersekat di kerongkong dan malu untuk dimuntahkan. Sejak Ogos 2011, aku menulis dan menulis tanpa henti, sehingga dengan kuasa Allah, terhasillah tiga buah novel (satu penyiasatan dan dua Sejarah Johor) dan satu skrip yang panjang adaptasi dari novel DBP. Mungkin atas faktor itulah, sejak Februari lalu, aku sudah menghentikan kerja-kerja menulis dek kerana terlalu lelah.
Lalu tanpa sedar, aku mula mengasah bakat terpendam iaitu melukis. Bakat tanpa sedar ini semakin serasi dalam diriku. Semoga Allah sentiasa memberikan rahmatnya kepada aku sekeluarga dalam menjalani kehidupan setiap hari.
Banyak yang aku sedang pelajari dalam menjalani hidup hari ini. Pelajaran itu kuperolehi daripada pengalaman bertemu rakan, bersama anak-anak, bermotivasi dan berinteraksi dengan mereka yang lebih dewasa. Alhamdulillah rezeki Allah tidak pernah putus menjengah setiap sudut ruang hidupku sekeluarga.
Lelah menguruskan majlis perkahwinan adik ipar masih bersisa, namun kegembiraan itu Insya-Allah bakal menyinari ruang lingkup hidup keluarga adik iparku dan keluarga mertuaku.
Semoga segala yang diberikan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Salam dari sang pujangga buat sang penulis. Waktu dinihari adalah waktu yang yang paling afdal untuk menulis buatku. Anda bagaimana pula?
1 comment:
Hanita,
Teruskan menembangkan hasil bakat anugerah-Nya ini.
Post a Comment