"Yahoo...karya aku dah terbit!"
Itu adalah teriakan gembira sang penulis setiap kali karya anda terbit. Teruja menatap karya anda sehingga lupa tentang perkara lain. Aku juga sering begitu setiap kali karya aku menjengah ke muka pintu. Namun apa selepas itu? Adakah anda mahu menghasilkan manuskrip seterusnya, atau mahu berehat dan mula mempromosikan karya anda. Bagaimana mahu mempromosi? Atau biar penerbit sahaja yang melakukan tugas mereka. Atau anda tunggu kunjungan cek royalti setahun kemudian. Adakah itu yang sang penulis lakukan di luar sana? Rata-rata begitulah.
Aku tidak pernah kisah bagaimana cara penerbit mahu memasarkan karya aku. Sedang karya-karya aku berada di pasaran, aku juga sibuk menguruskan hal-hal harian dan tempat kerja. Maka aku tidak punya waktu bertanya perihal jualan karya aku dan sebagainya. Sehinggalah sehelai cek mampir di muka pintu rumah setahun kemudian, barulah aku sedar bahawa karya aku sudah dicetak buat kali kedua. Penerbit juga tidak sempat memaklumkan kepada aku. Namun semuanya tercetak dalam kiraan stok buku yang dihantar ke rumah.
Bagi penerbit yang punya sistem pemasaran dan kiraan simpanan stok yang sistematik, itu adalah sesuatu yang sangat baik. Tidak kurang juga berlaku sebaliknya kepada penerbit kecil-kecilan yang selalu tidak sempat mengira stok walaupun karya sudah tercetak menjangkau dua ke tiga tahun. Akibatnya tiada cek yang akan tiba di kotak mel pengkarya. Bagi yang tidak menunggu, tidaklah terlalu hampa. Bagi yang menjadikan penulisan periuk nasi mereka, kedatangan cek royalti amatlah dinantikan.
Bergelumang dalam dunia penulis perlukan kesabaran yang tinggi. Sebagai penulis dan penghasil karya, bukan mudah untuk menulis dan dalam masa yang sama memasarkan karya sendiri. Ia adalah dua perkara yang berbeza. Namun jika para pengkarya punya strategi luar biasa,bolehlah menulis, mencetak dan memasarkan sendiri hasil anda. Itu lebih terjamin, namun kenalah lakukan dengan bersungguh-sungguh dan bersedia mengumpul modal untuk melalui proses itu.
Selamat berkarya. Penulis yang baik tidak perlu memikirkan titik bengik urusan dalam dunia penerbitan. Anda hanya perlu menulis dan menulis dan biarlah orang lain yang memikirkan cara memasarkan produk anda.
Monday, May 14, 2012
Thursday, May 10, 2012
Sayembara Adaptasi Novel ke Filem
Tidak dinafikan setiap penulis yang menyertai sesebuah pertandingan penulisan, pasti mengharapkan karya mereka terpilih sebagai salah seorang pemenang. Begitu jugalah halnya dengan aku.
Beberapa hari lalu, aku terima warkah daripada pihak penganjur mengatakan dukacitanya kepada aku kerana skrip adaptasi novel ke filem aku tidak berjaya. Memang dukacita dan tidak memeranjatkan kerana ini adalah percubaan aku yang julung-julung kalinya. Insya-Allah pengalaman ini boleh aku gunakan untuk mencuba lagi menghasilkan skrip yang lebih baik dan bermutu.
Terima kasih penganjur kerana sudi menjemput aku ke majlis penyampaian hadiah untuk pemenang besar itu.
Tahniah kepada para pengkarya.
Beberapa hari lalu, aku terima warkah daripada pihak penganjur mengatakan dukacitanya kepada aku kerana skrip adaptasi novel ke filem aku tidak berjaya. Memang dukacita dan tidak memeranjatkan kerana ini adalah percubaan aku yang julung-julung kalinya. Insya-Allah pengalaman ini boleh aku gunakan untuk mencuba lagi menghasilkan skrip yang lebih baik dan bermutu.
Terima kasih penganjur kerana sudi menjemput aku ke majlis penyampaian hadiah untuk pemenang besar itu.
Tahniah kepada para pengkarya.
Wednesday, May 09, 2012
Pelupusan Buku
Seorang penulis itu pasti teruja bila pihak penerbit bersetuju menerbitkan manuskrip mereka. Tidak kira dalam genre novel atau buku ilmiah, ia satu penghargaan yang sangat membanggakan penulis terutama bagi penulis yang pertama kali karyanya bakal terbit. Setiap hari menghitung waktu. Sebaik sahaja manuskrip berjaya dibukukan, dijual di pasaran, perkara pertama yang difikirkan oleh penulis ialah bagaimana penerimaan pembaca? Apa kata pengkritik? Jika pembaca suka, mereka beli buku anda, jika pengkritik suka, mereka akan kritik yang baik-baik sahaja. Jika semuanya berjalan dengan baik, sudah pasti pendapatan penulis hasil jualan lumayan. Jika berlaku sebaliknya, penulis patah hati.
Masalah buku tidak terjual berlaku di mana-mana. Ada novel yang telah diterbitkan tahun 2009 masih tidak dikira royaltinya sehingga 2012. Ada penulis yang kali terakhir terima royalti tahun 2008, masih tidak dikira royaltinya sehingga 2012. Ada juga penulis yang tidak sedar bahawa dia tidak pernah terima royalti hasil dari jualan bukunya???
Jika kita mencari masalah, masalah akan membesar. Jika kita mencari penyelesaian, kita pasti dapat penyelesaiannya. Namun itulah realiti yang berlaku dalam dunia penerbitan. Buku dan novel berlumba-lumba menambat hati pembaca. Pelan pemasaran yang berkesan tidak dilakukan, yang menjadi mangsa penulis kerana buku terbit, tiada hasil. Maka angan-angan untuk menjana pendapatan hasil dari penulisan jadi angan-angan sahaja.
Namun ada penerbit yang sangat aktif di pasaran. Buku-buku terbitan mereka sangat laku macam goreng pisang panas. Dengan penerbit ini, setiap tahun royalti dikira. Alhamdulillah. Tidak kurang juga dalam kalangan penulis yang patah hati, patah semangat disebabkan jualan buku mereka yang tidak memberangsangkan. Ada penerbit yang memaklumlah tentang ketidakberhasilan mereka untuk menjual buku penulis dan ada juga penerbit yang hanya membatukan diri. Akhirnya buku yang tidak terjual dilelong atau dilupuskan.
Itulah dunia buku di negara kita.
Seperti kerjaya lain, kerjaya dalam bidang penulisan juga tidak kurang hebatnya. Setiap penulis perlu membina nama dan populariti sehingga dikenali agar karya mereka dibeli di pasaran. Jangan cepat patah hati. Bukan senang untuk berjaya. Ia memerlukan banyak pengorbanan.
Salam karyawan. Selamat beristirehat.
Subscribe to:
Posts (Atom)