Tuesday, August 16, 2011

SALAM RAMADHAN

Alhamdulillah Ramadhan telah kulalui hampir 16 hari dan syukur kupanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana memberi aku peluang sekali lagi berpuasa dan beribadah di bulan mulia lagi barakah ini. Mungkin ada yang surprise kerana tiba-tiba kuhadir di blog ini menukilkan sesuatu yang sudah lama hilang dari hidupku. Insya-Allah setiap manusia pasti punya waktu-waktu singgang yang terpaksa di pause untuk kehidupan lain yang lebih bermakna ketika itu. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku menulis semula.

Sepanjang 27 hari puasa yang paling syok sebab rumahku jadi pusat bubur lambuk paling sedap di Melaka. Setiap petang selepas solat Asar, orang ramai mula memenuhi perkarangan rumahku dengan plastik dan bekas makanan untuk mengambil bubur lambuk. Aromanya sahaja sudah bikin hati goyah apatah lagi bila bubur lambuk dimakan ketika berbuka. Emm...yummy...yummy.

Bila bercerita tentang Ramadhan, paling seronok bila waktu berbuka puasa. Petang ini rasanya mahu berbuka apa ye? Aku bertanyakan soalan yang sama kepada suami setiap hari kerana kami punya empat orang anak-anak yang comel yang juga berpuasa (belum ponteng) dan mahukan a variety of food setiap kali masa berbuka tiba. Rasa-rasanya roti canai syok juga ye.

Apa pun, aku bersyukur atas semua pelajaran yang telah kulalui sepanjang hampir dua tahun setelah meninggalkan rutin kerja 8 - 5 yang kini menjadi kenangan sahaja.

Apabila kita melihat kehidupan ini dari perspektif yang berbeza, segala-galanya akan turut sama berbeza.

Selamat menulis wahai teman-teman penulis di luar sana. Kadang waktu, penulis juga perlukan waktu rehat untuk mencari ketenangan dan mengumpul pengalaman untuk sebuah penulisan yang lebih menakjubkan dan matang selari dengan usia penulis.

No comments: