Sunday, May 02, 2010

Terengganu Ku Hadir Jua

Kuinjak kaki di bumimu
Kuhirup segar udaramu
Kupandang sekeliling wajahmu
Mungkinkah akan kuinjak kaki ke sini lagi

Semalam
Kupijak pasirmu yang halus
Lalu deruan ombak mendamaikan
Hatiku tenang setenang sang ketam
Sedang bersembunyi di celah kelam malam

Semalam
Banyak cerita terungkap
Sedang hati masih berbicara
Apakah rahmatnya di sebalik semua itu
Ku cuba mencari jawapan
Namun kubiarkan angin menjawab segala persoalan
Kubiarkan wajah senja memberi ilham
Kubiarkan segala-galanya memberi jawapan
Atas persoalan yang tidak pernah kujangkakan

Moga ada sinar bahagia
Di sebalik segala yang sedang berlaku

Kupandang wajah anak-anak
Kalianlah sinar hidupku
Kupandang wajah suami
Kaulah kekuatanku

1 comment:

Rusdi Abd Rahman said...

Hanita,
1. Teringat negeri asala, terus rasa mahu pulang menikmati keindahan negeri asal.
2. Janganlah menyepi dan lupa akan diri ini walaupun telah tidak berkhidmat di situ lagi ya...