Saturday, August 28, 2010
J.K Rowling
Penulis Buku Harry Potter
Berpendapatan RM18.46 JUTA SEMINGGU @ 5 POUND @ RM30.76 SESAAT
Untuk bermula sebagai seorang penulis memang sukar. Seseorang itu bukan sahaja perlu kreatif, punya banyak idea dan berusaha untuk menulis, menghasilkan karya, membina nama tetapi juga perlu mengenali penerbit dengan lebih dekat agar karya-karya yang dihasilkan dapat diterbitkan dengan cepat tanpa perlu mengikut giliran dan bersaing dengan manuskrip-manuskrip lain.
Baru-baru ini, saya bertemu dengan seorang hamba Allah yang hanya saya kenali dari jauh sahaja, tetapi kekagumannya terhadap apa yang saya lakukan tidak pernah tergambar oleh fikiran ini. Itulah hebatnya bila menjadi 'Penulis Hantu @ Ghost Writer'.
Banyak perkara berlaku dalam hidupku sejak akhir-akhir ini. Perkembangan pelajaran anak-anak makin bagus. Mungkin kasih sayang adalah segala-galanya dalam hidup anak-anak. Sikap saya juga sudah banyak berubah. Kalau dahulu sentiasa inginkan kesempurnaan kerana terbawa-bawa dengan jawatan yang saya sandang di pejabat, tetapi hari ini, semua itu sudah tidak wujud lagi. Saya dan suami adalah kawan baik kepada anak-anak.
Apa yang paling saya suka, sejak akhir-akhir ini anak-anak mula menunjukkan minat menulis. Anak kedua, Muhammad Adib, 9 tahun, sanggup tidur hingga lewat pagi semata-mata mahu menterjemahkan idea menulis sebuah cerita penyiasatan di komputer dan mahu menunjukkan kepada saya bahawa dia boleh menulis. Tidak sangka, darah seni dan bakat menulis itu wujud dalam diri anak-anak. Alhamdulillah.
Saya percaya, segala apa yang berlaku dalam hidup saya hari ini ada hikmahnya. Kenapa, mengapa dan bagaimana? Soalan-soalan itu tidak pernah berlegar dalam kotak fikiran saya lagi. Hari ini saya lalui kehidupan ini dengan minda yang lebih positif. Saya pastikan segala impian dan cita-cita saya serta suami dan anak-anak akan tercapai. Tidak ada orang yang boleh mentertawakan impian saya sekeluarga.
Banyak lagi buku yang sedang saya tulis. Banyak rancangan sedang saya rancang. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang baik untuk saya sekeluarga.
Ramadhan ini adalah Ramadhan yang amat berbeza. Solat terawih bersama suami dan anak-anak dilakukan di banyak masjid di bandar Melaka, berbuka puasa bersama anak-anak yatim, bertemu ramai kawan yang positif dan punya kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya.
Cuma Baba semakin kurus dan tidak sihat, namun masih mahu meneruskan puasa. Mungkin rindukan arwah mak. Saya tidak dapat menyelami perasaannya tetapi apa yang saya tahu, dialah tunggak utama dalam hidup ini. Saya doakan baba sentiasa sihat dan dapat melalui kehidupan tuanya dengan lebih tenang.
Moga Raya ini memberi banyak kebaikan kepada saya sekeluarga. Amin.
Selamat berkarya rakan-rakanku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hanita,
1. Bila dapat ketemu di Melaka dalam Ramadan ini?
2. Hanita amat boleh dan amat mampu menulis kerana sudah punyai masa yang lapang kini.
3. Semoga terus nikmati hidup yang baik dan bermutu bersama-sama keluarga dalam kelapangan nasa yang cukup berharga itu.
Saudara Rusdi,
Ramadhan ini saya lapang waktu siang, bila ke Melaka hubungi sahaja.
Insya-Allah.
Post a Comment