Tuesday, August 03, 2010

Adli di Alam Fantasi - Penyelamat Alam



“Mereka tidak pernah berehat tetapi berlari seperti angin. Langit dan bumi adalah satu. Ia adalah milik mutlak dan perlu dijaga bersama. Satu untuk semua dan semua untuk satu. Sesuatu rahsia itu akan kekal rahsia. Sesiapa sahaja yang mahu melepasi tembok batu ini, perlulah sanggup membuat aku janji. Rahsia itu biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.”

Adli di Alam Fantasi hadir dengan misteri dan fantasi di sebalik kejadian meteor dan kehidupan dalam sebuah benua di dalam lautan. Sungguh menakjubkan dan kali ini hadirnya Adli sebagai Penyelamat Alam.

Segala persoalan bakal terjawab pabila para peminat siri Adli di Alam Fantasi meneroka dan menyelesaikan bacaan dari muka depan ke muka belakang siri terbaru Penyelamat Alam yang penuh suspen.

Selamat meneroka dunia ADLI DI ALAM FANTASI.

1 comment:

Rusdi Abd Rahman said...

Hanita,
Apa khabar sekarang? Lama tidak dengar khabar berita? Diri ini tetap ingat akan pengorbanan dan jasa besar Hanita ketika di pejabat lama itu...
Selamat terus berkarya.