Dalam kesibukan mengurus anak-anak, sempat juga ku teruskan hasrat bersama-sama kawan-kawan penulis dalam program Bicara Karya anjuran IPM dan DBP tempoh hari. Sebuah novel berjudul Gelora Belantara karya saudara Razali Endun telah dibicarakan oleh saudara Hamzah Hamdani. Saya sangat tertarik mendengar saudara Hamzah Hamdani membicarakan karya ini. Beliau mengupas novel ini dalam perspektif tersendiri tetapi amat berkesan sehingga membuatkan saya terasa mahu memiliki senaskah.
Beberapa penulis seperti Jong Chian Lai (Suara dari Rimba, DBP, 2008) dan A.Rahman C.M (Igau, DBP,2008) adalah antara penulis yang menulis tentang persoalan dan tema yang sama seperti yang ditulis oleh saudara Razali Endun. Namun, adalah tidak adil membanding-bandingkan ketiga-tiga novel kerana pada pendapat saya, setiap penulis punya gaya tersendiri dalam penulisan.
Saya percaya untuk menggarap karya seperti ini, penulis perlu kaya dengan pengetahuan tentang etnik Penan, serta perlu melakukan banyak rujukan sama ada dalam bentuk buku atau temuramah supaya fakta yang ditulis mencerminkan keadaan kehidupan sebenar dan tidak semata-mata karya khayalan sahaja. Bagi saya, apabila sesebuah karya diterbitkan maka karya ini akan menjadi bahan rujukan untuk masyarakat maka adalah baik jika penulis menulis fakta tetapi berdasarkan pengalaman beliau sendiri dengan watak-watak yang saya kira punya kesamaan dengan watak-watak yang berlaku dalam masyarakat hari ini tidak kira dalam kalangan etnik Penan mahupun masyarakat lain umumnya.
Dalam novel Gelora Belantara, selain persoalan berkisar kehidupan Penan dan penerimaan pembangunan, saudara Razali bijak kerana turut menyelitkan tema percintaan yang saya kira bagus untuk meluaskan khalayak pembaca tidak tertakluk kepada pembaca dewasa tetapi dalam lingkungan umur 20-an juga boleh menghayatinya. Penulis membiarkan watak Rosli iaitu watak utama yang juga jurubicara pengarang bermain-main dengan perasaannya ketika bertemu Busak Elon iaitu wanita Penan beragama Kristian yang sangat cantik, yang telah bersuami dan punya anak yang dikiranya telah memberi harapan cinta dalam hidupnya.
Novel terbitan DBP 2011 ini akhirnya sudah kumiliki dan masih kubaca dalam kesibukan menyiapkan beberapa penulisan. Tahniah kepada penulis atas kreativiti menghasilkan sebuah karya novel yang sangat baik untuk cerminan masyarakat secara umumnya.
Novel ini merungkaikan kehidupan sekumpulan kaum Penan di dalam belantara Baram, Sarawak yang masih berpegang kuat cara hidup primitif iaitu hidup secara berpindah-randah. Pelbagai konflik dialami rombongan ekspedisi dari Semenanjung, antaranya pertembungan budaya dan tamadun primitif dengan budaya kontemporari berasaskan tamadun moden, episod percintaan antara watak utama Rosli dengan Busak yang menimbulkan konflik rumah tangganya.
Konflik budaya, penebangan balak dan cinta terlarang ini menjadikan belantara itu semakin bergelora. Berjayakah rombongan ekspedisi ini menyakinkan kaum Penan supaya menerima kehidupan moden?
Terleraikan pertentangan di antara pembalak-pembalak dengan kaum ini yang menganggap hutan adalah dunia mereka? Cinta terlarang di antara Rosli dengan wanita Penan, bagaimanakah kesudahannya? Dapatkan naskah ini di pasaran.
Selamat membaca dan teruskan menghasilkan karya yang baik untuk tatapan masyarakat.
Thursday, November 17, 2011
TAHNIAH BIDADARIKU ADIBAH
Aku cuba menahan sabar kerana hati ini berdebar seribu pabila memijak kaki ke sekolah Nur Adibah. Sudah berhari-hari ku tahan perasaan agar sentiasa bertenang, namun melihat Nur Adibah mengalirkan air mata, kerana namanya tidak tersenarai dalam senarai 5A, ku jadi bertambah sayu.
Tanpa sedar, air mataku turut mengalir. Aku memeluknya erat dan membiarkan dia reda. Namun dalam kesedihan itu, aku mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana Nur Adibah mendapat keputusan yang baik buat ku dan suami. Subjek Sains mendapat B dan selebihnya A.
Tahniah daripada ku dan suami untuk bidadariku ini.

Friday, November 11, 2011
SEBUAH ACARA BICARA KARYA
Sebuah acara bicara karya anjuran Ikatan Persuratan Melayu (IPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)bakal diadakan pada tanggal 12 November 2011 jam 9.00 pagi. Majlis bakal berlangsung di Hotel Seri Malaysia di Ayer Keroh. Beberapa karya penulis negeri Hang Tuah akan dibicarakan.
Semoga majlis ini berjalan dengan jayanya.
Semoga majlis ini berjalan dengan jayanya.
Tuesday, November 08, 2011
BISIKAN HATI
Renyai pagi Selasa mendinginkan tubuhku. Ku buka pintu rumah dan merangkul pagi dalam dakapanku erat agar dingin yang menusuk hingga ke tulang sum-sumku tidak terlepas. Ku perhatikan kesayanganku si comel berbulu lebat yang tidak bernama seakan-akan tersenyum melihat kehadiranku di belakang dapur yang sejuk. Si comel berlari-lari mendapatkan aku dan sengaja mendekatkan bulunya ke kakiku, yang sesekali melompat dan mengiau-ngiau meminta ku lambakkan makanan berupa biskut-biskut ikan yang menjadi sajian utama setiap kali waktu makan menjelma. Antara aku dan si comel punya satu perasaan yang sukar dimengerti hatta oleh aku sendiri.
Begitulah kehidupan yang penuh misteri. Tidak ada satu pun yang bernama makhluk bernyawa di muka bumi ini yang tidak memerlukan kasih sayang. Sekalian alam subur kerana dibajai oleh kasih sayang dan pabila ku perhatikan lenggok-lenggok buah-buah mangga yang lebat buahnya, ku sedar bahawa kasih sayang yang ku baja bersama-sama suami dan anak-anak menjangkiti seluruh makhluk yang hidup subur di sekelilingku.
Aidil Adha hadir dengan penuh kesyukuran bahawa melihat seluruh hidupku lewat hari-hari yang berlalu, adalah paparan pengalaman yang sangat bernilai. Kasih sayang yang melimpah-ruah ini mencahayai seluruh rumah agam Haji Hassan dan Hajah Iyah sepanjang Aidil Adha ini. Ku panjatkan kesyukuran kerana segala titik hitam yang lalu sudah mulai terhakis sedikit demi sedikit untuk sebuah kehidupan yang lebih bercahaya. Percayalah bahawa untuk mendapatkan sesuatu dalam hidup ini, pasti ada rintangan yang perlu dilalui. Untuk belajar berjalan, seseorang haruslah berani jatuh dan berasa kesakitan itu. Untuk menyatakan kasih dan sayang, seseorang itu harus berani menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang mampir.
Bagi sang penulis, menghasilkan karya juga ada banyak cabarannya. Jika tidak mahu dikritik tidak perlu berkarya. Jika takut karya tidak diterima masyarakat, tutuplah pintu hati dan padamkan niat untuk berkarya. Setiap sesuatu yang diingini oleh manusia ada harga yang perlu dibayar. Karya yang bermutu bukan terhasil dari satu karya sahaja tetapi terhasil setelah banyak karya dinukil.
Dalam kehidupan ini, setiap manusia punya pilihan masing-masing. Sebagai pembuat keputusan, kamulah yang membuat pilihan tentang hidupmu. Bukalah hatimu kerana sudah tentu alam semesta ini akan membuka seluruh pintunya kepadamu. Saat kamu menyakinkan dirimu akan mendampingi sesuatu yang baik, saat itu jugalah kamu sebenarnya sedang melangkah masuk ke dunia penuh magik yang menarik setiap yang baik ke dalam hidupmu.
Selamat berkarya.

Sunday, November 06, 2011
SALAM AIDILADHA
Wajah fajar meronta-ronta minta dilepaskan dari rangkulan sang kegelapan dan mentari Aidil Adha membuka pintunya di pagi indah ini dengan seribu satu kerahmatan dan seribu satu kebahagiaan buat seluruh penduduk dunia dan umat Islam.
Sepagi Aidiladha, ku bangkit dari peraduan dengan penuh kesyukuran tentang rentetan kehidupan yang merantai aku dan suami sehingga lemas seketika dan Aidiladha membangkitkan semangat baharu buat kami sang kekasih yang tidak pernah luntur sayang dan cintanya.
Ku berasakan sesuatu yang ajaib sedang menari-nari di dalam hatiku, di dalam benakku dan ku meronta-ronta mahu memuntahkan segala yang bermain-main di minda menjadi sebuah karya indah agar titik bengik yang kulalui memberi seribu satu pelajaran yang tidak ternilai kepada sang pembaca.
Salam Aidiladha buat sang suami dan bidadariku yang sentiasa membuat bibirku tersenyum menghadapi setiap rintangan.
Teruslah berkarya kerana sesuatu yang dinukil daripada bisikan minda sang penulis ibarat mutiara yang tidak ternilai dan semoga ilmu yang dikongsi itu kekal walau seribu tahun sekalipun.

Subscribe to:
Posts (Atom)