Sunday, November 06, 2011

SALAM AIDILADHA

Wajah fajar meronta-ronta minta dilepaskan dari rangkulan sang kegelapan dan mentari Aidil Adha membuka pintunya di pagi indah ini dengan seribu satu kerahmatan dan seribu satu kebahagiaan buat seluruh penduduk dunia dan umat Islam.

Sepagi Aidiladha, ku bangkit dari peraduan dengan penuh kesyukuran tentang rentetan kehidupan yang merantai aku dan suami sehingga lemas seketika dan Aidiladha membangkitkan semangat baharu buat kami sang kekasih yang tidak pernah luntur sayang dan cintanya.

Ku berasakan sesuatu yang ajaib sedang menari-nari di dalam hatiku, di dalam benakku dan ku meronta-ronta mahu memuntahkan segala yang bermain-main di minda menjadi sebuah karya indah agar titik bengik yang kulalui memberi seribu satu pelajaran yang tidak ternilai kepada sang pembaca.

Salam Aidiladha buat sang suami dan bidadariku yang sentiasa membuat bibirku tersenyum menghadapi setiap rintangan.

Teruslah berkarya kerana sesuatu yang dinukil daripada bisikan minda sang penulis ibarat mutiara yang tidak ternilai dan semoga ilmu yang dikongsi itu kekal walau seribu tahun sekalipun.

No comments: