Teratak tua bonda dan ayahanda kembali sunyi sejak petang tadi. Semua anakanda dan cucunda yang menjengok teratak bonda ketika hari raya Aidilfitri yang lalu telahpun meninggalkan teratak ini dan meneruskan kehidupan biasa di tempat masing-masing.
Sempat juga aku dan suami ke pasar mencari belacan dan cencalok untuk oleh-oleh mak saudara pulang ke Johor. Hari raya kali ini terasa puas kerana aku sekeluarga dapat mengunjungi semua sanak dan taulan.
Anak-anak akan mula bersekolah esok. Aktiviti harian kembali seperti sebelum Ramadan. Semoga para karyawan menyambung babak-babak yang terhenti ketika sibuk menyambut Aidilfitri lalu.
Selamat Malam. Moga esok menjanjikan kehidupan yang lebih baik dari semalam.
Sunday, August 26, 2012
Tuesday, August 21, 2012
Recipe Rendang Ayam Kampung
Aidilfitri tahun ini menyajikan hidangan rendang ayam kampung dengan rempah ratus ciptaan bonda mertua. Enak sungguh rasanya sehingga menjilat jari. Apatah lagi ayam yang dimasak diperolehi dari reban sendiri.
Banyak yang kupelajari daripada bonda mertua tentang masakan menggunakan santan kelapa. Jika tersilap masak, sudah tentu rendang yang dibuat cepat basi. Namun jika kena gayanya, rendang ini boleh disimpan lama. Untuk hasil rendang yang enak, masak santan pekat dalam kuali bersama bahan kisar (bawang kecil, bawang putih, lengkuas, serai, halia, rempah) dan biarkan sebati dengan ayam. Kemudian masukkan santan, kerisik, daun kunyit, daun limau purut, biarkan mendidih dan naik minyak, kemudian angkat dan sedia untuk dimakan bersama ketupat.
Setiap kali makan rendang, teringat arwah bonda dan ayahanda. Walaupun mereka sudah tiada, namun tradisi menyiapkan hidangan rendang masih diteruskan.
Aidilfitri tahun ini terasa sungguh meriah. Mood raya masih berdendang riang walaupun sudah masuk hari ketiga raya. Alhamdulillah bila hati lapang, perjalanan hidup kita lebih teratur.
Meskipun sibuk berhari raya, namun di dalam minda asyik memikirkan projek penulisan yang masih banyak tersangkut yang perlu diselesaikan. Moga Illahi memberikan seribu rahmat dan kreativiti kepada aku dan semua penghasil karya menghasilkan karya yang bermutu untuk bahan bacaan sepanjang hayat.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Monday, August 20, 2012
Resepi Masakan Tradisional Melayu
Makanan tradisional Melayu sering dijadikan menu utama khususnya ketika hari-hari istimewa seperti perayaan Hari Raya, Hari Lahir dan khatam al-quran serta banyak lagi. Sempena Aidilfitri ini, ketupat dihidangkan sebagai hero manakala lauk-lauk nenek yang masih diingat diselak semula dalam buku Resepi Makanan Tradisional Melayu dijadikan hidangan untuk para tetamu.
Adakah anda sedang mencari resepi tradisional Melayu. Dapatkan buku resepi ini segera sebelum kehabisan stok.

Thursday, August 16, 2012
Hari-hari Terakhir Ramadan
Bingit bunyi penyedut hampagas memenuhi ruang tengah teratak bonda. Itu tandanya anak-anak sedang sibuk mengemas. Karpet yang sudah dipenuhi habuk dibersihkan buat kesekian kalinya. Dinding luar teratak bonda akan bertukar warna tahun ini. Semua sudah bersetuju warna kuning perlu ditukar agar ada kelainan.
Biskut raya tidak perlu dibuat atau ditempah. Baharu sebentar tadi, kekanda sulung yang tinggal di sebelah teratak bonda menghulurkan kuih bawang seplastik besar. Alhamdulillah syukur atas rezeki yang Allah janjikan ini. Menantu bonda bawa pulang dua balang biskut tat blueberry dan almond london serta satu pek kerepek pedas. Maknanya sudah ada empat jenis kueh raya yang boleh diisi dalam balang biskut nanti.
Aku masih setia di teratak bonda menerima tetamu jauh yang jarang menjengak ke sini atas banyak faktor. Sibuk dengan urusan harian, urusan anak-anak, pekerjaan dan sebagainya. Akulah penunggu setia teratak bonda sejak sekian lama. Aku tidak pernah kesal kerana aku sangat sayang akan teratak peninggalan bonda dan ayahanda. Di sini banyak kenangan yang tidak betah kutinggalkan.
Aidilfitri nan penuh bermakna ini meninggalkan kepiluan buaku, Pak Long iaitu kekanda arwah bonda telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini tanggal 14 Ogos 2012 lalu. Tiada lagi orang tua rujukan keluarga malah tempat untuk aku sekeluarga berkumpul setiap tahun. Aku doakan moga rohnya bersama orang-orang yang beriman.
Hangat aidilfitri makin terasa. Cucunda bonda sudah meningkat dewasa. Jadi, urusan mengemas teratak bonda banyak kulakukan bersama anak-anak. Moga banyak lagi kebaikan yang hadir menjelang hari-hari terakhir Ramadan.

Subscribe to:
Posts (Atom)