Teratak tua bonda dan ayahanda kembali sunyi sejak petang tadi. Semua anakanda dan cucunda yang menjengok teratak bonda ketika hari raya Aidilfitri yang lalu telahpun meninggalkan teratak ini dan meneruskan kehidupan biasa di tempat masing-masing.
Sempat juga aku dan suami ke pasar mencari belacan dan cencalok untuk oleh-oleh mak saudara pulang ke Johor. Hari raya kali ini terasa puas kerana aku sekeluarga dapat mengunjungi semua sanak dan taulan.
Anak-anak akan mula bersekolah esok. Aktiviti harian kembali seperti sebelum Ramadan. Semoga para karyawan menyambung babak-babak yang terhenti ketika sibuk menyambut Aidilfitri lalu.
Selamat Malam. Moga esok menjanjikan kehidupan yang lebih baik dari semalam.
No comments:
Post a Comment