Aku menyaksikan sebuah kematian
Seorang manusia yang ranap jiwanya
Seorang insan yang berkecamuk mindanya
Sedang impian setinggi gunung
Bagaikan terbang melayang seperti angin
Hilang lenyap menyentak sanubari
Di mana silapnya
Di mana salahnya
Di mana...mana...mana
Gema suara hanya pecah di sana
Meski cuba ditepis segala tantangan
Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui
Jalan lurus masih terbentang
Luas di hadapan menanti peluang
Moga diri sentiasa tenang
Meniti hari-hari yang walang
2 comments:
Hanita,
Bermula Ogos 2008 hingga April 2009, sudah ada 5 PRK dengan keputusan pasukan PR 4 - pasukan BN 1 (nasib baik tidak 5 - 0). Melalui keputusan ini (yang terbaharu di dua bukit), buatlah apa sahaja majoriti rakyat semakin hari 'menolak' sesebuah parti yang masih amalkan pendekatan yang lama!
Saya selalu berdoa agar negara kita sentiasa dilimpahi rahmat-NYA.
Post a Comment