Saturday, July 25, 2009

Cerpen 1 - Mahu Jadi Jutawan




Waktu seakan lambat bergerak sedangkan aku mahu segera keluar dari pejabat. Jika dikira jarum jam yang berdetik, lagi lambat rasanya. Dingin suhu di dalam bilik pejabatku tidak langsung mendinginkan hatiku. Aku cuba menenangkan diri. Jika dalam keadaan tidak tenang, aku tidak boleh memusatkan fikiran untuk menulis tiga ucapan untuk program seminar yang bakal berlangsung itu. “Ah…begitulah resam hidup penulis.” Keluh hatiku.

Ada waktunya, aku boleh siapkan ucapan dalam waktu yang singkat. Adakalanya spirit untuk menulis itu naik 360 darjah tingginya sehingga aku dapat rasakan semua yang ada di dalam kepalaku ini mahu kumuntahkan segera. Aku mahu segala persoalan dan cerita dapat kukongsi bersama pembaca di luar sana. Adakalanya aku dapat rasakan, wujud satu penghalang untuk aku terus memuntahkan idea yang entah kenapa hilang seperti angin. Telefon bimbitku menjerit minta dijawab. Aku membiarkan ia berdering satu dua kali, lalu kujawab juga panggilan itu.

“Assalamualaikum kak! Sibuk?” kata suara di sebelah sana. Aku seakan kenal dengan suara itu. Walaupun bukan teman karib, tetapi sering bertemu di majlis-majlis rasmi mahupun mesyuarat yang berkaitan dengan pejabat.

“Waalikumsalam, aha.. tengah sibuk nie. Minggu depan ada seminar.” Kataku. “Kenapa! Ada cerita baik ke?” tanyaku pula ingin tahu.

“Aha…saya ada tiket untuk program potensi jutawan. Nak ikut tak? Lagipun tiket nie harganya murah je cuma RM30.00. Itu pun cuma tinggal satu tiket sahaja. Kalau nak diikutkan, harga tiket nie RM400 lebih tau.” Kata Musni. Sebelum Musni menelefon aku, dia juga telah mengirimkan sistem pesanan ringkas kepadaku. Namun aku tidak membalas pesanan itu. Kubiarkan sahaja kerana aku mahu berbincang dengan suamiku. Tiba-tiba Musni telefon. Mungkin mahu tahu persetujuan aku.

“Nanti akak fikirkan boleh tak?”
“Kak…jangan fikir lama sangat. Nanti rugi. Bukan senang nak dapat kursus murah macam nie. Tiket pun dah habis terjual.” Musni menyakinkan aku.

“Rahsia potensi jutawan! Nak ikut tak ikut, nak ikut tak ikut!” Hatiku berkata-kata. “Mungkinkah Allah mahu memberiku peluang untuk mengenal diri sebelum menjadi jutawan?” aku tidak boleh mendapatkan jawapan itu. Allah menggerakkan hati Musni sudah tentu ada sebab-sebabnya yang tersendiri. Bila aku fikirkan logik itu, memang ada benarnya. Allah selalu memberikan sesuatu kepada umat-Nya melalui orang perantara. Siapa orang itu, kita sendiri tidak pasti. Itu hanya Allah yang maha tahu.


Rupa-rupanya bukan mudah untuk menjadi jutawan. Setakat kerja makan gaji, sampai tua pun aku tidak akan jadi jutawan. Memang hasratku untuk menjadi penulis billionaire, tetapi tidak tahu bilakah hasrat itu akan terlaksana. Banyak buku baruku yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Banyak juga buku yang sedang kutulis dalam kesibukan melaksanakan tugas di pejabat. Kadang-kadang aku terfikir untuk melantik seorang pembantu untuk membantu aku dalam kerja-kerja penulisan. Namun hasrat itu belum lagi kutunaikan.

Rahsia jadi jutawan. Aku mencongak-congak hari. Jika tidak ada aral yang melintang, mungkin aku mahu mengikuti program sehari itu. Leka dengan impian menjadi jutawan, aku tersenyum sendiri dan mahu menelefon suami tentang perkara itu. Dentingan jam di tempat perakam waktu adalah tanda untuk aku segera pulang. Moga ada mentari jutawan yang sedang masuk ke dalam hidupku. Aku tersenyum dan terus keluar dari pejabat dengan perasaan penuh lega dan bersemangat.

4 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Hanita,
1. Salam dari negeri Pulau Mutiara yang harmoni dan aman di sini (tidak seperti yang dikhabarkan oleh media arus perdana). Enak nikmati nasi kandar dan buah pala di sini.
2. Semuanya berjalan macam biasa sama sahaja seperti juga ketika mantan KM P. Pinang Menteri yang lalu (yang kini Menteri JPM bertaraf Senator sahaja yang sibuk-sibuk jaga KPI 1 Malaysia kononnya...).
3. Foto anak kecil itu seperti muka ibunya, benarkah?

-dari Penang Road, P. Pinang.

hanhass.blogspot.com said...

Salam Rusdi,

Ya...comel kan si kecil nie.

miss yatie said...

Salam kak,

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Allah telah gerakan akak untuk menerima sesuatu...
Buka lah dada..lapangkan hati..mungkin ini hadiah sinar jutawan yang Allah nk berikan pada seorang yang hebat seperti akak dan keluarga akak"..

Dari.
yatie phtj
ur admire..

Hanita Hassan said...

Insya-Allah. Terima kasih atas keyakinan Yatie.