Tuesday, July 07, 2009

Projek Penulisan

Projek penulisan yang perlu diselesaikan masih banyak yang tersangkut. Perkara pokok yang harus dilakukan dalam lingkungan keluarga telah diselesaikan. Rasanya dalam jangka waktu senggang ini, saya harus siapkan semuanya agar tidak tersangkut lagi. Masa untuk berkarya terutama dalam genre novel sudah tidak dilakukan. Asyik menguliti buku non-fiction mengundang rindu pada suasana kreatif alam fantasi. Ada dua novel yang masih tersangkut di dua penerbit yang saya harapkan dapat mengetuk pintu peminat novel fantasi dan dewasa dalam masa terdekat. Insya-Allah doakan semoga semuanya berjalan lancar.

Tanggal Julai sudah menandakan waktu menghantar manuskrip untuk sebuah pertandingan novel sejarah sudah semakin hampir. Seingat saya, sudah berbulan juga tidak meneliti manuskrip yang telah sebahagian kecil siap. Fakta-fakta sejarah yang dikumpul juga belum selesai. Tapi usaha itu kalau tak diteruskan seakan suatu pembaziran. Jika tidak ada aral melintang, akan saya selesaikan kerja-kerja yang tertangguh itu.

2 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Hanita,
Teruskan usaha baik dan murni ini, jangan pernah sesekali patah semangat kerana sebahagian besar masyarakat (dan beberapa pemimpin yang berjiwa waja) Melaka memang terbukti cekal lalu berjaya.

Hanita Hassan said...

Terima kasih atas semangat itu dan ingatan yang cukup baik.