Friday, November 27, 2009

AIDILADHA MEMBERI SERIBU MAKNA

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam di seluruh dunia. Keletihan semalam masih terasa pabila terpaksa mengharungi kesesakan lalulintas selama empat jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka negeri Bersejarah Warisan Dunia. Namun semuanya itu adalah rahmat yang diturunkan Allah untuk aku membantu rakan sehaluan menuju destinasi yang sama untuk sebuah masa hadapan yang lebih cerah.

Aidiladha tahun lepas disambut dengan korban dan Aidiladha tahun ini aku serta keluarga menerima sesuatu yang luar biasa dan cahaya gemilang semakin memperlihatkan sinarnya. Aku bersyukur.

Selamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin.

2 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Hanita,
Diri ini tetap pengunjung setia blog ini walaupun sesekali cuma meninggalkan komen tetapi tetap membaca setiap entri dalam blog ini.
Selamat Hari Raya Aidiladha. Saya beraya dan lakukan korban bersekali akikah anak ketiga di Pasir Putih, Kelantan.

Hanita Hassan said...

Terima kasih dan alhamdulillah kerana korban tidak mengira banjir dan bencana lainnya. Moga sentiasa gembira bersama keluarga.