Tuesday, October 20, 2009

Mentari Indah




Sudah agak lama tidak menulis sesuatu di laman indah ini atas alasan yang tidak pernah aku ketahui puncanya.

Waktu semakin menghampiri garisan penamat sehingga aku semakin sesak memikirkan bila dan bagaimana akhirnya untuk menyudahkan sebuah manuskrip yang telah aku cipta sejak Januari 2009.

Apakah aku harus meninggalkan sejarah itu begitu sahaja tanpa menyudahkan apa yang sedang kulakarkan? Semangat itu sedang aku bina agar waktu yang tersisa ini dapat kulaksanakan sepenuh hati.

Sahabat-sahabatku mulai menghilang tanpa jejak. Mahu sahaja kujerit memanggil-manggil nama mereka, namun apakan daya, aku sudah semakin hampir ke garisan penamat.

Terasa sayang untuk melangkah pergi, namun i don't care...
Mentari yang bakal kulihat mulai esok adalah mentari yang lebih indah dari sebelumnya.

Selamat berkarya.

2 comments:

azura said...

Kak Nita, dah lama tidak menatap manuskrip terbaharu akak. Harap masih sudi menerbitkannya dengan DBPWS.

Hanita Hassan said...

Insya-Allah akan kucuba siapkan sebuah manuskrip utk dbpws. Terima kasih kerana menjengah laman ini