Saturday, January 24, 2009

MENULIS NOVEL SEJARAH

Menulis novel sejarah perlukan penyelidikan.

Penulis harus mendapatkan seberapa banyak fakta termasuklah peristiwa, watak utama dan sampingan, mengkaji adat resam dan budaya masyarakat ketika itu, bahasa pertuturan, pakaian dan sebagainya kerana apabila seseorang penulis mula menulis, dia harus menerangkan secara terperinci keadaan sesuatu peristiwa dengan latar tempat, pakaian dan sebagainya.

Untuk sesebuah novel diangkat sebagai novel sejarah, fakta di dalamnya tidak boleh dicipta pengarang sesuka hati. Carilah peristiwa besar, konfrontasi, tokoh dan sebagainya. Jangan sesekali gunakan cerita dari mulut ke mulut dalam novel sejarah kerana ia akan mengganggu kesahihan fakta di dalamnya memandangkan novel ini akan menjadi rujukan generasi akan datang. Jika fakta dan fikiran yang digunakan untuk garapannya tidak menggambarkan keadaan sebenar, ia bukanlah dikategorikan sebagai novel sejarah.

Biasanya watak-watak yang digunakan di dalam novel ini adalah watak-watak benar yang berlaku pada ketika kejadian itu. Cuma fikiran yang disampaikan melalui watak-watak itu biasanya adalah fikiran pengarang itu sendiri. Penulis masih boleh menggunakan watak-watak sampingan untuk disesuaikan tetapi tidak boleh meletakkan unsur magis dalam novel sejarah.

Apabila Yayasan Warisan Johor dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan menganjurkan bengkel penulisan novel sejarah, aku terpanggil untuk turut serta walaupun sudah banyak buku aku tulis. Namun, ilmu untuk menggarap sebuah novel sejarah belum ada dalam minda aku ketika ini. Banyak persoalan yang harus aku terjah sebelum memulakan penulisan novel sejarah.

Mungkin kebetulan sentiasa berlaku dalam hidup aku. Itu semua gerakan dari Allah yang maha Esa. Sudah beberapa minggu sejak Januari mampir, aku mula mengfokuskan mindaku untuk menghasilkan sebuah buku berbentuk kajian tentang kesan ke atas orang Melayu bandar akibat urbanisasi dengan kajian kes adalah negeri Melaka. Aku mula membaca banyak buku tentang sejarah Melaka secara terperinci kerana keadaan hidup masyarakat lampau banyak mempengaruhi pola masyarakatnya pada hari ini.

Kesan pembacaan aku yang semakin banyak, aku dapati perkara-perkara yang tidak aku ketahui selama ini, aku perolehi. Dan sejak aku mula menulis buku ini, terasa fikiran aku sentiasa bergerak mencari dan terus mencari bagi menyiapkan penulisan ini dengan lebih pantas. Nampaknya banyak yang harus aku lakukan bila 2009 menjengah wajahnya.

Sebuah novel sejarah sedang dalam perkiraan aku untuk digarap tahun ini. Insya-Allah.

6 comments:

Anonymous said...

Hanita,

1. Pertamanya, tahniah anda dapat hadir ke bengkel tersebut walaupun saya sepatutnya wajib hadir (atas dasar rakan kerjasama YWJ). Saya tak dapat hadir kerana 'dicutikan' sehingga 20 Februari 2009 setelah pulang dari 'tempat itu'.

2. Sememangnya bengkel dan sayembara tersebut anjuran penuh YWJ, namun DBPWS dijemput sekali sebagai rakan kerjasama buat julung kalinya.

3. Saya amat yakin anda mampu melakar dan menulis novel sejarah setelah kejayaan terbit banyak juga novel pelbagai tema sebelum ini, TERUSKAN...!

Sekian.

p/s: Pemimpin Besar Melaka kena jaga betul2 negeri Melaka ya.., nanti terlepas ke tangan pemimpin lain pula, hehehe...

RAR/

Anonymous said...

Hanita,

1. Tahniah kerana anda dapat hadir dalam bengkel tersebut. Saya sepatutnya wajib hadir (atas dasar rakan kerjasama YWJ) tetapi tidak dapat hadir kerana 'dicutikan' sehingga 20 Februari 2009 setelah pulang dari 'tempat itu' pada 20 Januari 2000 yang lalu.

2. Sememangnya bengkel dan sayembara ini tajaan penuh dan utama YWJ, namun buat julung kalinya DBPWS dijemput untuk menjadi rakan kerjasama.

3. Saya amat yakin anda mampu menulis dan melakar novel sejarah kerana anda dah banyak berjaya terbit novel pelbagai tema segelum ini. TERUSKAN...!

Sekian.

p/s: Pemimpin Besar Melaka kini harus jaga betul2 negeri Melaka sebelum pemimpin lain yang ambil alih Melaka satu hari nanti... Hehehe...

RAR/

Anonymous said...

Saya sedang usahakan. Insya-Allah doakan saya berjaya menyudahkannya.

Anonymous said...

Pn. Hanita,

1. Usahakan untuk turut serta dalam sayembara ini ya..

2. Ini ada satu hal keluar topik pasal novel sejarah..., ini hal cuit-cuit sayang sikit tentang siasah@politik:
sila dapatkan segera akhbar HARAKAH Bil. 1410 (26 Januari - 1 Februari 2009). Bolehlah baca dalam halaman 6 tentang 'teguran' kepada Pemimpin Besar Melaka... maaf ya... Hehehe...

Sekian.

RAR/

Mrs Norris said...

Nita, kita nak tulis mengenai sejarah pakaian keluarga di raja. How do I start that? It is more on light reading bukan something serius. U ada suggestion on my next projek?

Anonymous said...

Salam Mrs Norris,

Pakaian keluarga diraja? Wah menarik bunyinya. Sebelum menulis, awak kena pastikan nak tulis ikut kronologi atau terus cari seorang tokoh dalam kerabat diraja tu yang suka berfesyen dan kemudian kembangkan cerita awak tu.

Fokuskan tentang tokoh tersebut dengan terperinci. Kemudian masukkan sejarah pakaian yang dipakainya. Asal usul yang mungkin boleh diselitkan faktor kedatangan penjajah dan persekitaran mempengaruhi pakaian tokoh dan sebagainya.

Cari siapa tukang jahit pakaian tersebut. Kain jenis apa dan bagaimana mengikut sesuatu perayaan atau sbgnya dan banyak lagi dengan terperinci.

Kemudian barulah masukkan pakaian kerabat yang lain, sejarah pakaian dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Saya rasa banyak benda yang harus awak baca dan teliti sebelum mula menulis. Mungkin banyak bahan boleh diperolehi jika cari di arkib London.

Selamat membuat penyelidikan dan selamat menulis.