Wednesday, March 25, 2009

Politik





Isu apa yang lebih seronok didengar dan dibicarakan jika bukan hal-hal politik tanahair ketika ini. Walau hujan, ribut atau taufan sekalipun, yang dipaparkan dalam Berita Utama Jam 8.00 malam hanyalah hal-hal politik. Di kedai-kedai kopi atau lebih moden digelar kopitiam, topik politik adalah menu yang paling utama dari sejak sarapan pagi sambung ke makan tengah hari, minum petang hinggalah jejak ke malam. Paling sadis bila di atas katil juga, isu politik masih dibincangkan.

Isu paling hangat dan penting adalah siapa yang menang dalam pertandingan Timbalan Presiden, Ketua Wanita, Ketua Puteri dan Ketua Pemuda?

Sebenarnya bila Datuk Seri Shahrizat diberitakan memenangi kerusi wanita, aku memang teruja. Ini bermakna satu-satunya kerusi yang tidak pernah kalah sejak berpuluh tahun lalu, tumbang juga. Sekurang-kurangnya kaum wanita hari ini sudah pandai menilai dan mahukan perubahan dalam wanita.

Namun, yang paling aku terharu sekali bila Shahrizat dengan penuh hormatnya menjemput suami dan anak-anaknya naik ke atas pentas. Terasa tinggi darjat wanita itu bila suaminya masih diletakkan di tempat teratas dan diperkenalkan kepada semua meskipun dia telah berada di puncak. Maka pemilihan pucuk wanita ke atas Shahrizat sememangnya suatu pemilihan yang cukup bijak dan kena pada tempatnya.

Aku doakan semoga kepimpinan wanita yang baru ini akan membawa kaum wanita ke persada dunia tanpa mengenepikan hal-hal hakiki.

4 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Hanita,

1. Mengecewakan...! ucapan Shahrizat setelah mencapai kemenangan bercampur baur Inggeris-Melayu (ROJAK MAMAK...).

2. Sepatut dan sewajibnya beliau berucap sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu (apatah lagi beliau salah seorang pemimpin utama dalam parti terbesar Melayu). Lihat dan dengar ucapan KJ... 99% dalam bahasa Melayu.

3. Satu resolusi Wanita yang cukup SYAHDU... HENTIKAN PPSMI! tetapi berbeza pula PUTERI yang AMAT MENGECEWAKAN... TERUSKAN PPSMI!

4. Apa-apapun TAHNIAH BUAT KJ... satu tamparan hebat buat ayahandanya mantan PM sebelum ini! (walaupun tiga calon itu sama sahaja tidak digemari dan menyakitkan hati). Hehehe...

Sekian.

Hanita Hassan said...

Mungkin sebab pengalaman sebagai peguam menyebabkan Shahrizat terbawa-bawa dengan penggunaan bahasa inggeris.

Kemenangan KJ, sudah rezekinya.

Waima kalau seseorang ahli politik itu kerja kuat sekalipun, kalau tidak tertulis di atas sana bahawa kerusi itu hak dia, mati hidup semula pun dia tidak akan menang.

Rusdi Abd Rahman said...

Hanita,

1. Terima kasih atas kunjungan dan kirim komen dalam blog kerdil@baharu rarws itu.

2. Beza makna (walaupun macam nak sama) antara KUCUP dan CIUM itu... ya tentang keris itu... Apa-apapun rarws bukanlah pakar bahasa tapi ada ilmu sikit-sikit boleh dikongsi.

3. Apa-apapun... HARUSKAH AKU BERLARI masih duduki tangga ke-3 dalam majalah Dewan Siswa April 2009.

Sekian.

Hanita Hassan said...

Haruskah Aku Berlari! Emm...novel berhantu yang bakal bomm...