Monday, July 13, 2009

Taman Botanikal Melaka Edisi Baru



Taman Botanikal Melaka untuk edisi baru bakal diterbitkan tahun ini. Bunyinya sungguh hebat dan menggembirakan kerana saya telah ditawarkan untuk sekali lagi menulis buku ini. Tawaran itu sebenarnya menggusarkan hati saya kerana ia harus disiapkan dalam jarak waktu tiga bulan. Saya mencongak waktu dan tarikh serta beberapa manuskrip yang harus disiapkan yang masih diuliti untuk mengejar deadline.

Sebagai seorang penulis, saya tidak pernah mengatakan tidak kepada semua pelawaan yang pernah, akan atau telah saya terima untuk menulis. Saya cuba penuhi permintaan yang datang sementara diperlukan. Banyak sekali buku yang sedang saya tulis tidak langsung berkaitan dengan apa yang saya pelajari semasa di universiti (kewartawanan). Contohnya buku Taman Botanikal seharusnya ditulis oleh seorang yang dekat dan tahu mengenai alam, tumbuh-tumbuhan, hutan, cuaca dan sebagainya. Jika difikirkan logik, bagaimana seorang bekas pelajar kewartawanan atau mantan Pengarang akhbar tabloid Suara Melaka boleh menulis sesuatu yang di luar skop bidang? Kata orang tua-tua, di mana ada kemahuan, pasti di situ ada jalannya. Tepuk dada tanyalah diri sendiri. Jika sesuai, apa salahnya mencuba. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Apa pun, untuk berjaya menjadi penulis billionaire, saya mahu mencuba semuanya. Doakan semoga semuanya sukses.

Kepada para penulis di luar sana, buatlah apa sahaja, kerana untuk nama anda dikenali di persada tanah air bukanlah sesuatu yang mudah. Untuk mendapat peluang juga bukan mudah, tetapi anda haruslah mengejar peluang yang ada. Jika peluang sudah ada di depan mata, jangan sesekali lepaskan ia.

Selamat berkarya.

2 comments:

Rusdi Abd Rahman said...

Hanita,
1. Tahniah kerana diberikan kepercayaan untuk terus menulis khasnya dalam bidang ilmiah sebegini. Anda sememangnya berkelayakan penuh untuk menulis.
2. Sekadar makluman, pada hari Sabtu dan Ahad lalu (11 - 12 Julai) kawan berada di Melaka untuk program Wacana Seni 2009 anjuran IPM dengan kerjasama DBPWS, Kerajaan Melaka, GAPENA dan JKKNNM. Programnya berlangsung di Ramuan Cina Besar, Masjid Tanah, Melaka. (seperti yang tertera dalam blog rarws)
3. Moga-moga buku edisi baharu ini tidaklah terlalu mengikut 'angka' yang heboh dijaja dan diperkatakan seluruh negara kini... hehehe....

Hanita Hassan said...

Saya agak terperanjat bila diberitahu suami yang dia terserempak dengan tuan di bandar Melaka. Saya tertanya-tanya apakah yang tuan lakukan di Melaka minggu sudah? Rupa-rupanya ada program. Kisahnya.


Walau bagaimanapun, terima kasih atas pujian itu. Saya jarang menerima pujian dan saya cuma perlukan sokongan agar karya saya dihargai seadanya.