Tuesday, March 03, 2009

NOVEL HARUSKAH AKU BERLARI TERLARIS

Rasa terharu pabila mendapat khabar dari seorang teman bahawa novel aku, Haruskah Aku Berlari terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka berada di tempat ketiga antara 10 buah buku terlaris kategori buku kreatif terbitan DBP.

Mahu sahaja aku berlari mendapatkan majalah Dewan Siswa sebaik sahaja mendapat tahu berita itu melalui khidmat sistem pesanan ringkas. Alhamdulillah aku benar-benar bersyukur.

Di bawah ini adalah senarai judul terlaris terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

Buku kreatif
1. Kumpulan cerpen Biduk Lalu Kiambang Bertaut
2. Suara Dari Rimba
3. Haruskah Aku Berlari
4. Pantun Setia Kasih Untukmu Malaysia
5. Kasih Bertaut
6. Rindu Berbisik
7. Kumpulan Puisi: Bingkai Waktu
8. Mulai Detik Ini
9. Kumpulan Cerpen Cinta : Mazhab Cinta
10. Sangeetha

4 comments:

Anonymous said...

Hanita,

1. Insyaallah, dalam usaha semampu saya... HARUSKAH AKU BERLARI akan dicadang untuk dibicarakan dalam program 'Bicara Karya Sastera Melaka' dalam tahun ini.

2. Moga buku ini dapat memasuki carta buku dalam senarai buku laris pelbagai syarikat penerbitan.

Sekian.

rar/

Mrs Norris said...

tahniah sis...bila saya pulang ke tanah air nanti, saya akan cuba dapatkan satu naskah buku anda.

Hanita Hassan said...

Terima kasih. Sudah mula menulis ke? Sudah tentu keadaan hidup di sana adalah faktor penarik untuk menulis sesuatu yang baru dan segar. Selamat menulis.

Hanita Hassan said...

Kadang-kadang kita sendiri tidak tahu sama ada apa yang kita tulis tu disukai oleh pembaca atau tidak.

Bila buku kita dikupas oleh para pengkritik, bagaimana agaknya? Malu lah...

Tapi saya bersyukur kerana buku Haruskah Aku Berlari mula mendapat tempat di hati pembaca.