Sunday, March 29, 2009

SEJAM LOHONG HABA DITUTUP





Apa pun yang harus dilakukan oleh manusia, telahpun dilakukan semalam selama satu jam. Satu jam lohong haba ditutup oleh manusia-manusia prihatin seluruh dunia atas faktor memberi nafas baru kepada bumi. Aku tidak berpeluang menyertai program Earth Hour itu kerana sepanjang satu jam lohong haba ditutup, aku masih di dalam kenderaan untuk sebuah perjalanan dari bumi ikan patin ke bumi Hang Tuah.

Sepanjang perjalanan melalui hutan, kampung, pekan, ladang dan sebagainya, hanya sebuah stesen pam minyak sahaja yang prihatin dan menyahut seruan memadam lampu. Rutin harian manusia masih bergerak seperti biasa seakan program itu tidak punyai makna sama sekali.

Adakah lohong haba yang ditutup semalam cukup sejuk untuk bumi terus menampung kepanasan dunia untuk 365 hari lagi?

1 comment:

Syed Zul Tojo said...

Saya terfikir kalau semua orang di dunia memadamkan kuasa elektrik serentak. Akan begitulah rupa bumi dari atas seperti permulaan dunia ini